pakeri in da' house

7Dec/110

Wordless Wednesday #1

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

exam

Filed under: Social Networking (175 views) No Comments
15Nov/110

#ItuSeksi di Twitter

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum...

ituseksi
Di twitter sekarang tengah hot dengan hashtag #ItuSeksi. Tak tahu la siapa yang mulakan dulu tapi topik ini dah jadi topik WW (World Wide). Maknanya semua pengguna twitter di seluruh dunia akan nampak hashtag ni.

Pengertian seksi itu berbeza-beza berdasarkan pengalaman dan imaginasi seseorang manusia itu. Kalau lelaki lebih kepada part lucah-lucah manakala perempuan pulak lebih kepada material dan emosional. Tapi bukan semua okay, jangan hentam aku lak.hehehe

Dibawah ni antara tweet-tweet #ItuSeksi yang sempat aku ambil dari twitter. Mari lihat imaginasi korang ok.

Filed under: Personal, Social Networking (263 views) Continue reading
18Aug/112

DoTA 2 Dah Dilancarkan

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

dota 2

Salam Ramadhan kepada semua yang membaca blog aku ni. Terima kasih banyak-banyak. Korang punya ibadah puasa macam mana? Harap-harap ok la ek,kihkihkihkih.

Kali ni aku nak cerita pasal DoTA 2 pulak. Kalau korang baca blog aku dari dulu, mesti korang ade baca artikel yang aku tulis pasal Aku dan DoTA , DoTA: Part 2 dengan DoTA: Part 1. Sekarang Valve, pembuat game Counter Strike, Half-Life, Starcraft dan beberapa game terkenal lain dah mengumumkan bahawa diorang akan melancarkan DoTA 2.

Filed under: Game (773 views) Continue reading
25Jul/115

Tips Terbaik Tarik Follower Di Twitter

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Follower, atau dalam bahasa melayu ialah pengikut, istilah yang digunakan untuk merujuk kepada orang yang mengikut tweet korang di twitter. Sedikit masa dahulu, jumlah follower tidak memainkan peranan dan juga tidak mempengaruhi emosi orang yang main twitter ni. Cuma sejak akhir-akhir ini, kemunculan banyak syarikat pengiklan yang menggunakan twitter sebagai medium, mempengaruhi mentaliti orang di twitter ni terhadap jumlah follower diorang. Secara hipotesisnya, semakin ramai follower korang, semakin banyakla duit korang boleh dapat melalui twitter ni.

So disini aku nak kongsikan beberapa tips terbaik untuk meramaikan follower korang. Mana tau salah satu cara ni berhasil.hahahahahaha

Filed under: Personal, Syirik, Tutorial (1,264 views) Continue reading
17Jul/112

Cara mengemaskini versi wordpress secara manual menggunakan FTP.

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum...

Bagi blogger yang menggunakan wordpress selft-hosting, mungkin ada sesetengah korang yang menghadapi masalah untuk mengemaskini versi wordpress secara automatic kan? Macam aku hari tu, nak kemaskini ke versi 3.2 secara automatik asyik hang je, tak pun keluar error. Kalau jadi macam ni, jawabnya kena buat secara manual je la, yang mana lagi leceh dan lambat T__T.

Sesekali belajar la cara manual untuk kemaskinikan versi wordpress korang kan, kot-kot masalah macam ni jadi lagi pada masa hadapan.huhuhu Senangla sebab ilmu dah ada dalam dada. Untuk buat secara manual, apa yang korang perlukan ialah software FTP, file wordpress terkini yang boleh korang download kat sini, sambungan internet dan secawan kopi atau pun minuman kegemaran korang.

Filed under: Software, Tutorial, Web (1,141 views) Continue reading
25May/113

Meatball IKEA kena samak?

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum...

Weyhh lame giler aku tak update blog ni.hahaha. Rase malas giler nak update. Asyik main game je ke hehehe.Ok kali ni aku nak update kat korang tentang khabar angin atau lebih dikenali sebagai fitnah yang tengah tersebar meluas dikalangan blogger sekarang. Baca tajuk pun dah tau kan? =.="

Sejak IKEA Damansara menutup restoran diorang iaitu IKEA Restaurant, Exit Café dan Swedish Food Market atas sebab menjalankan 'proses samak', banyak cerita-cerita timbul. Korang pun boleh agak la kan, kalau samak tu untuk apa, tak lain tak bukan berkaitan dengan babi la ok. Ramai blogger menulis cerita sendiri dan akhirnya timbul bermacam cerita seperti Meatball IKEA tak halal, Meatball ada campuran babi dan lain-lain. Kalau korang tak tau cerita sebenar, pastu korang buat cerita sendiri, itu nama die fitnah ok,korang pun tau kan hukum fitnah tu apa.

Filed under: Personal (2,303 views) Continue reading