Buat PC sendiri
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Hai korang..hahaha,kali ni aku nak buat entri tutorial pulak.Harap-harap boleh la jadi panduan kepada yang memerlukan ok.Tutorial yang aku nak buat ni ialah macam mana kita nak pilih komponen untuk buat sebuah PC.Maknanya kita beli komponen PC asing-asing,bukan yang lengkap punya ok.Antara kelebihan PC yang kita buat sendiri dengan yang kita beli lengkap ialah dari segi harga dan prestasi.
Dari segi harga, PC yang kita buat lebih murah berbanding yang kita beli lengkap kerana kita pasang secara manual.Dari segi prestasi pula,PC yang kita buat sendiri lebih bagus kerana setiap komponen kita pilih spesifikasi yang kita mahukan dan tentulah kita akan pilih yang terbaik punya kan.
Ok,benda yang penting untuk kita buat sebijik PC yang lengkap ialah:
- Casing
- Processor
- Motherboard
- RAM
- HDD
- Kad grafik(optional)
- Monitor
- Optical Drive
- Mouse
- Keyboard
- Speaker
- Kabel
Benda kat atas tu adalah benda yang selalu ade kat sesebuah PC.Kalau xde maknenye cacat la.
Ok,benda pertama yang agak penting ialah Casing.Kalau benda ni takde,maknenye PC korang nanti bogel je la.Ini boleh membahayakan keselamatan komponen dalaman nanti.Casing sekarang ada bermacam-macam jenis,tapi yang standard orang guna jenis ATX la.Kalau boleh,beli casing yang besar sikit supaya senang ada ruang kita nak upgrade PC tu nanti. Ini casing idaman aku. Boleh bela ikan dalam tu.hahaha.
Processor ialah benda yang paling penting dalam sebuah PC pasal benda ni la yang akan menentukan PC korang laju atau tidak.Processor yang ada kat pasaran skarang ade 2 brand yang popular.Intel dengan AMD.Ok,pemilihan processor ialah berdasarkan ciri-ciri penggunaan seharian kita.Bagi yang menggunakan komputer hanya untuk buat kerja-kerja, tengok movie, chatting, bloging dan sewaktu dengannya, aku cadangkan korang beli la jenis Intel.Kenape Intel?Sebab die bessst..hahahaha..takdela, processor jenis Intel lebih stabil dan agak tahan lama.Bagi yang guna PC untuk main game, photo/video editing, guna software yang berat-berat macam AutoCAD, Lightwave dan macam-macam lagi, aku cadangkan beli la jenis AMD kerana processor AMD lebih berkuasa dan direka untuk penggunaan yang berat-berat.
Motherboard.Kenape orang panggil benda alah ni motherboard?Kenapa bukan fatherboard atau uncleboard?Jangan tanye lebih-lebih pasal aku pun xtau.hahahaha . Ade 2 jenis motherboard yang selalu dijual, jenis Intel dan jenis AMD.Untuk upgrade PC pada masa hadapan, penting untuk memilih motherboard yang boleh support banyak teknologi macam jenis soket processor, jumlah RAM, jumlah slot PCIe, port dan macam-macam lagi. Motherboard yang sesuai untuk kebanyakan orang ialah ada 4 slot RAM,1 slot PCIe,2 slot PCI,4 port SATA,2 port HDMI. Spesifikasi ni dah mencukupi untuk korang letak gadjet-gadjet yang terkini dan canggih-canggih.
Kemudian RAM.Jumlah RAM sangat penting kerana RAM yang besar akan membuatkan hati korang senang jer.Takde la PC korang nanti hang atau lag. Pemilihan RAM bergantung kepada motherboard. Beli RAM yang motherboard korang support je.Jangan beli ikut suka je. Kebanyakan jenis RAM yang dijual sekarang ialah jenis DDR2 dan DDR3.DDr3 mahal sikit dari DDR2 pasal DDR3 ni latest punye teknologi untuk RAM.Aku syorkan beli la jenis DDR3 pasal senang nak upgrade pada masa depan nanti.Biasenya RAM 2GB dah cukup untuk semua benda.Kecuali untuk gamers la.Beli la 4GB.BAru syok..Hehehe
HDD juga penting,kalau takde HDD camne nak install OS kan.Sekarang banyak pilihan, WD, Seagate, Samsung dan banyak lagi la.Saiz pula ade macam-macam jugak, 250GB, 350GB, 500GB.1TB pun dah ade sekarang.Pilih la HDD mengikut keperluan kita, kalau beli terlampau besar takut membazir je nanti, kalau kecik sangat takut tak cukup.Orang cakap, beli yang ngam-ngam dengan kite la.
Kad grafik.Bagi korang yang buat kerja-kerja biase je,boleh abaikan benda ni.Tapi bagi gamers, benda ni sangat penting.Fungsi benda ni ialah membuatkan PC korang lagi lancar untuk main game dan kadang kala buat kerja menggunakan Photoshop.Tapi fungsi utama kad grafik ialah untuk memproses grafik supaya grafik lebih lancar untuk dipaparkan di monitor korang.Kalau korang nak beli kad grafik, ade beberape perkara perlu korang ambil berat.
- Jenis kad grafik
- Nombor siri kad grafik penting untuk korang tau.Contohnya Nvidia 9800GT-lagi tinggi nombor lagi power
- Memori
- Kad grafik juga ada RAM sendiri dan berbeza dari RAM yang ade kat motherboard.Pilih kad grafik dengan RAM yang banyak supaya RAM kat motherboard korang tak 'terbeban' sangat.
- DDR
- Kad grafik yang ada kat pasaran sekarang kebanyakannya jenis DDR2/DDR3.Aku syorkan korang beli kad grafik dengan DDR3 dan keatas untuk kepuasan maksima.
3 benda kat atas ni ialah benda yang utama kalau korang nak beli kad grafik.
Ok, semua benda dalaman PC dah ade, mase untuk benda luaran pulak. First thing, monitor.Kalau takde monitor camne nak guna PC tu kan. Monitor yang femes sekarang ialah jenis LCD dengan LED. Bentuk kedua-dua monitor ni lebih kurang sama, yang membezakannya ialah teknologi yang digunakan. Kalau monitor pulak, lagi lebar lagi bagus pasal nak tengok movie senang.Macam tengok dalam pawagam je nanti.Tapi kalau 19inci punya dah ok da.Pastikan monitor tu ada port HDMI, baru la kualiti gambar kat skrin tu nanti superb.
Benda lain macam DVD RW±, keyboard, mouse dengan speaker tu korang boleh beli ikut sukati korang kerana ianya tidak mempengaruhi prestasi PC korang. Tp kalau nak selesa cube usha mouse ngan keyboard jename Razer kat google.Barang diorang memang terbaik punye.Tapi harge die buat aku fikir 28 kali T_T .Kabel pula takde banyak korang kena beli, cuma kabel HDD, DVD, dan kalau korang ade beli benda lain skali.
Kalau ade salah dan silap harap korang bagi tau k.Aku buat tutorial ni berdasarkan pengalaman. >_<
*p/s: camne nak buat kat akhir post kita ade sign macam guna tangan tu ek?Jeles tengok orang lain ade.hOhoho
*update: skang aku dah berjaya buat sign sendiri..huhuhu.Cube tgk kat bawah kanan ni.Smart x?

January 5th, 2012 - 19:48
bro,
bro tertinggal psu la.. xde psu cane nk dpt electrik nk idopkan sume tu.. hahahaha
April 20th, 2012 - 14:50
bro,ko bli kat kedai mane casing cam2,aku ingt nak pg cri jgk sebijik,hahah..