Buat PC sendiri
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Hai korang..hahaha,kali ni aku nak buat entri tutorial pulak.Harap-harap boleh la jadi panduan kepada yang memerlukan ok.Tutorial yang aku nak buat ni ialah macam mana kita nak pilih komponen untuk buat sebuah PC.Maknanya kita beli komponen PC asing-asing,bukan yang lengkap punya ok.Antara kelebihan PC yang kita buat sendiri dengan yang kita beli lengkap ialah dari segi harga dan prestasi.
Dari segi harga, PC yang kita buat lebih murah berbanding yang kita beli lengkap kerana kita pasang secara manual.Dari segi prestasi pula,PC yang kita buat sendiri lebih bagus kerana setiap komponen kita pilih spesifikasi yang kita mahukan dan tentulah kita akan pilih yang terbaik punya kan.
Ok,benda yang penting untuk kita buat sebijik PC yang lengkap ialah:
- Casing
- Processor
- Motherboard
- RAM
- HDD
- Kad grafik(optional)
- Monitor
- Optical Drive
- Mouse
- Keyboard
- Speaker
- Kabel
Benda kat atas tu adalah benda yang selalu ade kat sesebuah PC.Kalau xde maknenye cacat la.
Ok,benda pertama yang agak penting ialah Casing.Kalau benda ni takde,maknenye PC korang nanti bogel je la.Ini boleh membahayakan keselamatan komponen dalaman nanti.Casing sekarang ada bermacam-macam jenis,tapi yang standard orang guna jenis ATX la.Kalau boleh,beli casing yang besar sikit supaya senang ada ruang kita nak upgrade PC tu nanti. Ini casing idaman aku. Boleh bela ikan dalam tu.hahaha.
Processor ialah benda yang paling penting dalam sebuah PC pasal benda ni la yang akan menentukan PC korang laju atau tidak.Processor yang ada kat pasaran skarang ade 2 brand yang popular.Intel dengan AMD.Ok,pemilihan processor ialah berdasarkan ciri-ciri penggunaan seharian kita.Bagi yang menggunakan komputer hanya untuk buat kerja-kerja, tengok movie, chatting, bloging dan sewaktu dengannya, aku cadangkan korang beli la jenis Intel.Kenape Intel?Sebab die bessst..hahahaha..takdela, processor jenis Intel lebih stabil dan agak tahan lama.Bagi yang guna PC untuk main game, photo/video editing, guna software yang berat-berat macam AutoCAD, Lightwave dan macam-macam lagi, aku cadangkan beli la jenis AMD kerana processor AMD lebih berkuasa dan direka untuk penggunaan yang berat-berat.
Motherboard.Kenape orang panggil benda alah ni motherboard?Kenapa bukan fatherboard atau uncleboard?Jangan tanye lebih-lebih pasal aku pun xtau.hahahaha . Ade 2 jenis motherboard yang selalu dijual, jenis Intel dan jenis AMD.Untuk upgrade PC pada masa hadapan, penting untuk memilih motherboard yang boleh support banyak teknologi macam jenis soket processor, jumlah RAM, jumlah slot PCIe, port dan macam-macam lagi. Motherboard yang sesuai untuk kebanyakan orang ialah ada 4 slot RAM,1 slot PCIe,2 slot PCI,4 port SATA,2 port HDMI. Spesifikasi ni dah mencukupi untuk korang letak gadjet-gadjet yang terkini dan canggih-canggih.
Kemudian RAM.Jumlah RAM sangat penting kerana RAM yang besar akan membuatkan hati korang senang jer.Takde la PC korang nanti hang atau lag. Pemilihan RAM bergantung kepada motherboard. Beli RAM yang motherboard korang support je.Jangan beli ikut suka je. Kebanyakan jenis RAM yang dijual sekarang ialah jenis DDR2 dan DDR3.DDr3 mahal sikit dari DDR2 pasal DDR3 ni latest punye teknologi untuk RAM.Aku syorkan beli la jenis DDR3 pasal senang nak upgrade pada masa depan nanti.Biasenya RAM 2GB dah cukup untuk semua benda.Kecuali untuk gamers la.Beli la 4GB.BAru syok..Hehehe
HDD juga penting,kalau takde HDD camne nak install OS kan.Sekarang banyak pilihan, WD, Seagate, Samsung dan banyak lagi la.Saiz pula ade macam-macam jugak, 250GB, 350GB, 500GB.1TB pun dah ade sekarang.Pilih la HDD mengikut keperluan kita, kalau beli terlampau besar takut membazir je nanti, kalau kecik sangat takut tak cukup.Orang cakap, beli yang ngam-ngam dengan kite la.
Kad grafik.Bagi korang yang buat kerja-kerja biase je,boleh abaikan benda ni.Tapi bagi gamers, benda ni sangat penting.Fungsi benda ni ialah membuatkan PC korang lagi lancar untuk main game dan kadang kala buat kerja menggunakan Photoshop.Tapi fungsi utama kad grafik ialah untuk memproses grafik supaya grafik lebih lancar untuk dipaparkan di monitor korang.Kalau korang nak beli kad grafik, ade beberape perkara perlu korang ambil berat.
- Jenis kad grafik
- Nombor siri kad grafik penting untuk korang tau.Contohnya Nvidia 9800GT-lagi tinggi nombor lagi power
- Memori
- Kad grafik juga ada RAM sendiri dan berbeza dari RAM yang ade kat motherboard.Pilih kad grafik dengan RAM yang banyak supaya RAM kat motherboard korang tak 'terbeban' sangat.
- DDR
- Kad grafik yang ada kat pasaran sekarang kebanyakannya jenis DDR2/DDR3.Aku syorkan korang beli kad grafik dengan DDR3 dan keatas untuk kepuasan maksima.
3 benda kat atas ni ialah benda yang utama kalau korang nak beli kad grafik.
Ok, semua benda dalaman PC dah ade, mase untuk benda luaran pulak. First thing, monitor.Kalau takde monitor camne nak guna PC tu kan. Monitor yang femes sekarang ialah jenis LCD dengan LED. Bentuk kedua-dua monitor ni lebih kurang sama, yang membezakannya ialah teknologi yang digunakan. Kalau monitor pulak, lagi lebar lagi bagus pasal nak tengok movie senang.Macam tengok dalam pawagam je nanti.Tapi kalau 19inci punya dah ok da.Pastikan monitor tu ada port HDMI, baru la kualiti gambar kat skrin tu nanti superb.
Benda lain macam DVD RW±, keyboard, mouse dengan speaker tu korang boleh beli ikut sukati korang kerana ianya tidak mempengaruhi prestasi PC korang. Tp kalau nak selesa cube usha mouse ngan keyboard jename Razer kat google.Barang diorang memang terbaik punye.Tapi harge die buat aku fikir 28 kali T_T .Kabel pula takde banyak korang kena beli, cuma kabel HDD, DVD, dan kalau korang ade beli benda lain skali.
Kalau ade salah dan silap harap korang bagi tau k.Aku buat tutorial ni berdasarkan pengalaman. >_<
*p/s: camne nak buat kat akhir post kita ade sign macam guna tangan tu ek?Jeles tengok orang lain ade.hOhoho
*update: skang aku dah berjaya buat sign sendiri..huhuhu.Cube tgk kat bawah kanan ni.Smart x?

February 21st, 2010 - 01:36
wahaha…terbaik la dik..dh leh buka kdai komputer la camni…xpun jd pengajar…sis pun x pndai sgt psl pc ni…klo jahanamkan, blh la bg kat sis…agagga
nak wat sign cam kat blog sis tu ke
Id Twitter: mohd_fakhri
February 21st, 2010 - 15:39
hAhaha.ini sebagai panduanla kalau ade yang terbukak blog ni,pastu nak beli pc lak..kena bace la entri ni
Id Twitter: maisyara
February 21st, 2010 - 01:43
pehhh! pnjang giler ur post! pnt bace.
my bro dulu sblom pencen bab2 kompter ni, dia rajin buat ni smue.. skng memasing mls nk buat agy dah.. sbb yea? smue dh mls.. hehehe..
*biler ler mai nk dpt PC. pnt asyk gne lappy n kne format. grrrr..
Id Twitter: mohd_fakhri
February 21st, 2010 - 16:01
ni dah abis pendek dah.kalau tak lagi panjang berjela explain nak kena tulis..huhuh
*dah try tgk gbr casing idaman sy tu?best giler
February 21st, 2010 - 02:24
Wahhhh panjang artikel neh..
Bagos2..! berguna, pasni wat entry utk pilih laptop plak..
Id Twitter: mohd_fakhri
February 21st, 2010 - 17:11
tenkiu bro..maybe aku akan buat gak untuk laptop..
Id Twitter: apiih
February 21st, 2010 - 08:53
huhuhu..aku gune laptop jerk..xreti nk update2 nih..huhu..gune ape yg ade jerk..hahaha
*p/s- aku pon xtau cmne nk letak sign tgn tuh..huhu
*p/s/s- ko patut letak plugin commentluv ..bru best..huhuhu..
Id Twitter: mohd_fakhri
February 21st, 2010 - 17:13
wei aku ade gune commentluv,tp tak tau cmne dia function..tolong aku
Id Twitter: apiih
February 21st, 2010 - 18:49
sepatutnye klu kao dah aktiv plugin,die akn ade kt bwh komen..try tgk setting kt commentluv..huhu
Id Twitter: mohd_fakhri
February 21st, 2010 - 20:59
die ngajuk kot,tu yg x kuar tu..hahaha
Id Twitter: annadzirah
February 21st, 2010 - 11:26
uh.
abg..
sy nak tanya..
sy nak wat laptop sendiri la..
nak yang ade munge2..
leh x??.
agagaga.
d:
*tiap kali nak tekan button send ni mesti rasa bibir melekat kat pp kau.. nape eh??. uh.
Id Twitter: mohd_fakhri
February 21st, 2010 - 21:10
boleH je,nanti abg buat entri untuk beli laptop pulak k..ahahaha
jgn kan bunga,pokok pun abg leh kasi..kakakaka
Id Twitter: stoberycoklat
February 21st, 2010 - 13:18
wahhhh….buat pc sendri..pastu jual….masyyuukk tu dek..heheheh
Id Twitter: mohd_fakhri
February 21st, 2010 - 17:11
memang masyuk pon..huhuhu
Id Twitter: azahamin
February 21st, 2010 - 17:27
mcm mana nk pilih ram n motherboard terbaik?? mcm mana nk kenal spesifikasi bnda tu mcm yg tutorial pasal graphic card kt ats tu..?
stakat ni processor, tgh usha amd phenom ii x2 550..
hoho…
thank u so much for this post!!
Id Twitter: mohd_fakhri
February 21st, 2010 - 21:07
ok bagi ram,pilih yang buatan taiwan,bukan cina punya pasal barangan taiwan lagi bagus.ram yang bagus adalah yang paired punye.maksudnya dia jual secara berpasangan (1GBx2 atau 2GBx2) dan ade casing besi tepi ram tu untuk penyejukan.kalau MB(motherboard) support DDR3,beli DDR3 punye..speed pun kena sesuai..baca kat kotak MB jenis ram yang die support.Kalau MB pulak, yang latest jenis AMD gune soket AM3.processor yang terbaru gune soket ni.tapi ade jugak MB yang support semua jenis AMD processor, tapi mahal sikit la.
Id Twitter: mr_eim
February 22nd, 2010 - 20:34
zaman dlu aku ske jugak mende2 ni masa study dlu.
buat sendiri, leh choose nak produk 1 1 yang mana. leh tweak sana sini.. huhu…
tp skarang pkai laptop jer.. takleh godek apa pun..
takde masa pu nak godek..sebab tu bli laptop jer..huhu..
Id Twitter: mohd_fakhri
February 22nd, 2010 - 20:39
kaLau lapTop ssH nak godeK2,pasAl keciK sgT..
Id Twitter: mr_eim
February 22nd, 2010 - 20:46
bro. kalo creatif bole la buat casing daripada mende2 yg best. try search kat google images. “cpu casing” mesti dapat gamba yg pelik2 :p
aku penah tgk org guna keranda sebagan CPU casing..hohoh.. gilo
Id Twitter: mohd_fakhri
February 22nd, 2010 - 21:24
aKu terIngin naK buaT caSing aKu adE letAk ikAn cAm akuArium..aKu penAh nengOk kAt yOutuBe..taPi maHal naK buAt T_T
Id Twitter: mr_eim
February 26th, 2010 - 17:28
ko bia betik. kalo akuarium tu pecah, nnt hangus grapig kad ko naya jer :p
dah r kesian kat ikan tu panas coz grapig kad ko panas. huhu..
kalo ko nak pindah casing ko letak tempat lain, nak kene angkut dulu ikan kasi keluar, pastu salin air..
ataupun worst case scenario, ikan ko mati sebab kene kejutan elektrik :p huhu
Id Twitter: mohd_fakhri
February 27th, 2010 - 15:31
xpe,Pasal akU nak belA ikAn piraNa.hAhaha
February 24th, 2010 - 11:20
tapi penah baca casing plastik ni tak bagus sebab tak dapat ground elektrik…
My recent post Me vs Info (IV)
Id Twitter: mohd_fakhri
February 24th, 2010 - 13:05
ada cara untuk ground kan elektrik tu..huhuhu
Id Twitter: mr_eim
February 27th, 2010 - 01:30
ek..apsal commenting ko ada 2 jenis?
Id Twitter: mohd_fakhri
February 27th, 2010 - 15:31
2 jenIS ape?
March 4th, 2010 - 15:47
PC budak2 skrg ni dah macam engine keta.. Dengan neon lah.. Cooler besar punyaaa sampai buleh patah mobo, lagi apa lagi ah? Err.. Casing jgn ckp lah.. Ngalahkan bodykit keta.. Ahahha..
My recent post Hackers – Boot Up or Shut Up!
Id Twitter: mohd_fakhri
March 5th, 2010 - 00:46
aku pun nak buat gak camtu.huhuhu
March 5th, 2010 - 15:32
setakat nie casing "BlackOps" masih jadi buruan he! he! he!…..belum lagi isi dalaman… nye!…
Id Twitter: mohd_fakhri
March 6th, 2010 - 01:15
siapakah anda?
Id Twitter: a1zudd1n
March 29th, 2010 - 18:56
kalau tutor bergambar lagi best kot..hehe
My recent post Cara Tukar Domain .com Untuk Pengguna Blogspot
Id Twitter: mohd_fakhri
March 30th, 2010 - 17:21
nanti aku jadi beli pc baru aku buat entri bergambar pnye k.dont worry be happy
March 30th, 2010 - 05:24
apa2 pon thanks untuk tips ni.
kalau ada duit boleh je nak buat
Id Twitter: mohd_fakhri
March 30th, 2010 - 17:18
huhuhu.aku pun nak beli pc baru bulan ni.nak buat untuk kerja punye.
April 24th, 2010 - 04:11
mengarut….pandai2..la ko
September 1st, 2010 - 16:56
tq…. u are the best,nnt apa2 info kmpter n lptop bgth la yea
November 30th, 2010 - 10:31
sori mencelah bro. ni takde kaitan dengan cerita di atas tapi nak kongsi 1 link cara nak buat signature kat bawah post tu. boleh la guna kalau rasa nak guna.
http://nebiula.blogspot.com/2010/10/tutorial-blog-masukkan-tandatangan.html
peace……..
Id Twitter: mohd_fakhri
December 13th, 2010 - 21:17
ok tenkiu
September 30th, 2011 - 12:15
nak buat pembetulan sket pd keterangan die tu.setahu den ram ddr2 ler lagi mahal pade ddr 3.pasal ddr 2 ni dh tak banyak org gune so kedai dh xbnyk simpan stock.amik kesempatan jual mahal..camtu jgk ddr 1 bapok mahalnye.harge 1gb ddr 1bleh 2 pcs 2gb ddr 3…hehe…
Id Twitter: mohd_fakhri
October 20th, 2011 - 16:25
masa aku buat tutorial ni ddr3 mahal lagi.huhuhu
November 27th, 2011 - 14:15
salam… aku nk tnye nih,aku pakai grfik 1gb ddr5,tp processor dual core je,RAM install 4 gb tp dia pakai 3 bg je…. sbb 32 bit… aku men need for speed yg baru.. dia ade lag la… agak2 apsl erk… sama ada grafik,RAM or Proc… hope u can help me…