pakeri in da' house

20Oct/1033

Aku Dan Hp Mini 110

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum...

Dah lama sebenarnya aku tunggu netbook ni sampai.Hampir sebulan jugak la.Jenuh menunggu akhirnya sampai jugak.Dari mana aku dapat netbook ni?Tetiba je kaya sampai nak pakai netbook.Ingat aku merompak ke?Sebenarnya netbook ni aku dapat sebab aku apply pakej internet percuma netbook dari TM.Internet ni aku pasang kat kampung aku kat serting tapi netbook aku bawak lari ke Seremban.hahaha.Kotak kat atas cam besar?Tak la,saiz dia sebenarnya kecik je.Comel lote orang panggil.Hp mini yang aku dapat ni model 110, aku ingat 210 yang aku idamkan tu, tapi sekali sampai lain pulak.Tapi takpelah kan, lepas aku check spec dia kat Hp, lebih kurang sama je spec die, cume berbeza speed hdd ngan ram ngan processor je.

Sebenarnya masa laptop ni sampai kat kampung, takde sape pun bitau aku :( .Then hari tu lak aku kena jage cc dari pagi sampai malam sebab akak aku balik kampung.Lepas je dia sampai kat sini, die sengih je kat aku.Kali ni sengihan die lain macam je, tak macam selalu.Aku suspek ade yang tak kena ni.Then beberapa minit kemudian dia cakap la 'netbook kau ade dalam kete tu ha".Aku pun sengih la sampai ke telinga.hahaha macam ni

Well, model Hp Mini 110 ni lebih kurang sama macam model Hp Mini 210, cuma kurang dari beberapa aspek macam hdd dan ram. Lain-lain memang terbaik.Benda pertama aku perasan ialah kecomelan netbook ni.Memang comel dowh, tak macam laptop besar gedabak.Saiz netbook ni lebih kurang macam buku latihan garis satu yang pendek tu.Senang nak bawak kemane-mane.Nama pun mini kan,so semuanya kecik la.

Luaran

*surat warranty lagi besar dari netbook ni

Netbook ni  sangat ringan cuma 1.4kg je.Sangat ringan nak bawak kemana-mana.Selain sangat ringan, Mini 110 ni jugak sangat nipis.Betul tak tipu punye.Senang la kalau nak g bawak jalan-jalan, online kat mekdi ke, starbuck ke.

Masa tengah belek-belek netbook ni, aku perasan bontot die kosong je =.=" .maksudnya bahagian bawah la.Biasanya ada bahagian nak letak ram dengan hdd, tapi kosong je.

Lepas aku check betul-betul, rupanya boleh bukak bahagian bawah tu.Ada kunci kat tempat nak letak bateri tu :) so aku ape lagi, dengan curious-nya terus membuka apa yang boleh dibuka.Dan hasilnya ialah.....

Tak sampai 24jam kat tangan aku dah kena bedah netbook ni =.=".Nampak la isi perut dia semua.Hdd,ram,processor ngan wireless adater.hahaha.Rasa cam puas lak =.="

Dalaman

Lepas pasang balik semua yang dah terbarai tadi, aku on kan pulak untuk tengok bahagian dalaman pulak.By default diorang kasi Windows 7 Starter dan macam-macam software limited yang lain la.First boot aku tengok macam slow je, mungkin ram 1gb je kot.Then aku terfikir untuk cuba Ubuntu dalam netbook ni dan hasilnya ialah...

Ubuntu 10.10

Best jugak Ubuntu ni, laju je.Cuma yang tak bestnya aku tak berapa mahir nak guna lagi :P .Tapi dia punya effect masa drag windows dia memang best la.Macam buih je.Hepi sangat-sangat..Then disaster coming... :(

Sebenarnya nak install Ubuntu ni susah sikit, nak install kat netbook lagi la susah sebab takde cd-drive.Disebabkan aku tersalah buat sikit, windows 7 yang dah ada kat dalam netbook ni dah rosak :) .So aku fresh format balik guna Windows 7 Professional.Pelik gak aku guna versi Professional laju je, kalau guna preinstall versi Starter slow yang amat.Mungkin disebabkan software-software default yang diinstall yang buat jadi lembab kot.Ni OS yang aku tengah guna sekarang

smart tak?terserlah kemachoan disitu :)


information tentang netbook mini 110 aku

Walaupun banyak benda best guna netbook ni, ada gak yang tak berapa best.Problem yang aku hadapi sekarang ialah bateri dan keyboard.Bateri sangat cepat habis bila online, kalau cas penuh guna dalam 2-3 jam dah habis T__T.Tak puas..sobsobsob.Nak kena beli bateri lain la ni.

Keyboard pulak button space dengan button " ← " tak berapa sensitif sangat.Kena tekan kuat-kuat baru dia ok.Ingat nak hantar warranty balik la, tukar dengan netbook baru.

Itu je la yang aku nak cerita pasal aku dan Hp Mini 110 aku.huhuhu

Posted by mohd fakhri

Filed under: Personal Leave a comment
Comments (33) Trackbacks (0)
  1. woot.. hehe.. saya ada mini 210.. hehe

  2. ko da bedah2 dia dah rogol dia… lepas tu nak tukar..
    boleh ke? aku rasa mcm tak boleh je.. dah tukar semua2.. huhuhuhu

  3. Wow
    Camne nak install Windows 7 pro tanpa cd?

  4. barang free trima je la ……hahhhahahha

  5. aku jeles..aku nak laptop ke netbook jgk!hu3..kwn aku dapat jugak..aku g tgk..mmg berat guna starter..software pon banyak trial..aku pon geram dah tgk netbook die cmtu..hahaha..aku cadang nak format tp takut..hu3..ko dah krobek2 nak hantar balik? boleh ke??hahaha

    • hahaha.sila jeles banyak2 ok..cube kau tanya telekom boleh tak tukar pakej ke pakej yang dapat netbook ni.rasenya boleh kot.
      die takde letak sticker ke pa pe,senang je nak cabut bontot die T__T

  6. guna la ubuntu.. guna la ubuntu bang.. hak3..

  7. Salam bro,

    aku baru je format my other hp mini 110 netbook masuk vista ultimate.. now ade issue with bluetooth driver. x detect langsung.. malas nak google cz pg td b4 keje format.. so, now pendingla.. :P so, better tanye ko.. mane tau boleh bantu ke.. :) share driver2 ko ngan aku bleh? cz baru pasan yg ko pakai windows 7 gak.. :D

  8. itulah sesuka hati rogol dia. hahahaha XD

    barang percuma, biasalah macam gitu. Kalau dah tersedia langgan boleh apply tak minta free? hoho

  9. woot..sy ada acer aspire..hahahaa..ko bkn bdk sek,tp cmne leh jgk netbook ni??kne repot nih..hahahahaha

  10. aku suka gamabr last tue.. hahaha

  11. broooo. aku baru format smlmmm. Then terdelete skali driver dia =.= skrg search kat web hp takde yang sama.. cuma tul model 3101 . so aku amik benda tu.. tgh ownload skrg. malasnye la kalau tak compatibleeeeeee

    aku format ke win7 ultimate

  12. aku pun guna hp 110… dulu lembab sekarang aku dah update bios … baru laju sikit, still guna win 7 starter


Leave a comment

No trackbacks yet.