Aku Dan DoTA

Assalamualaikum…

Pertama kali aku main game DoTA semasa aku masih belajar dalam semester ke-2 dekat Limkokwing,Cyberjaya.Masa itu aku tak tahu nak main DoTA ni macam mana. Kira noob lagi masa tu. Kalau main pun lawan dengan AI.AI (Artificial Intelligence) maksudnya lawan dengan komputer la. Tak berapa seronok sangat kalau lawan dengan AI pasal AI tak berapa kreatif. Kalau lawan dengan orang betul baru mencabar pasal orang boleh berfikir dengan rasional.

Game DoTA ni untuk pengetahuan korang popular dikalangan orang cina. Aku pun tak tahu sebab apa. Tapi orang melayu pun ramai juga yang main.Kalau india aku tak pernah nampak. Platform popular untuk main DoTA ni ialah Garena. Biasanya bila in-game memang akan wujud racist punya antara melayu dengan cina, itu pun aku masih lagi tak tahu punca kenapa benda ni berlaku.Memang mencarut habis-habisan la.Kelakar pun ada.

Balik semula cerita aku kat Limkokwing dulu. Masa mula-mula aku terjebak dengan DoTA ni pasal semua game yang aku install dalam PC aku dah habis aku main.So bosan la takde game nak main.Kemudian ada la sorang kawan aku tunjuk kat aku game DoTA ni. Dia suruh aku cuba main dan dia ajar sikit asas-asas nak main game ni.Kitorang punya hostel a.k.a kondominium agak besar, dalam satu rumah ada 7 bilik boleh muat dalam 12 orang dalam tu.Dalam rumah tu ada 6 orang yang main DoTA.Selalu kitorang main sampai ke pagi.Balik je dari kampus terus on PC main DoTA.Dekat kampus pun pantang ada masa terluang memang kitorang melekat je la dalam lab komputer dekat Limkokwing tu.Mungkin masa aku tengah main tu si Khai pun ada dalam lab komputer tu sebab dia pun budak CM (Creative Multimedia) jadi memang akan selalu la guna komputer.

Untuk siapa-siapa yang baru nak kenal DoTA tu apa dan nak belajar main korang boleh google keyword ni ‘dota guide’. Ada berratus-ratus website yang menyediakan tutorial untuk main game ni. Atau pun korang boleh pergi ke laman web rasmi game ni dekat PlayDota.Macam-macam ada dekat website ni, dari tutorial sampai la ke replay untuk korang berlatih :) .Korang juga boleh sentiasa mengetahui update terbaru tentang DoTA dekat Dota-Utilities. Software untuk hack pun ada, tapi tak disyorkan la sebab nanti susah korang nak jadi pro.

Sekarang aku dah habis belajar, dah habis zaman seronok-seronok dulu dekat Limkokwing.Dah tak boleh main DoTA sampai ke pagi dengan kawan-kawan.Tapi kerja aku sekarang membolehkan aku main DoTA seharian.Pasal apa?Pasal aku kerja sebagai penjaga cc a.k.a CEO.Eja betul-betul, CEO ok :) .Sekarang dah ada pangkat, dulu je tak ada hahaha :)

Tak semua yang aku nak ceritakan ni best.Ada part yang tak bestnya.Disebabkan DoTA aku dan awek aku (masa belajar dulu la) jadi renggang sedikit pasal aku lebih meluangkan masa untuk main DoTA dari dating dengan awek aku. Salah aku jugak pasal terlampau ketagih sangat main game, habis benda lain dilupakan :| . Kesian gak kat dia hehehe.Asyik ditinggalkan je pasal DoTA T__T

Sekarang aku dah boleh kawal diri dari main game ni. Kalau dulu pantang kawan ajak ke, ade masa sikit mesti main punya.Serius, game ni kalau dah terjebak susah nak berhenti pasal ade ‘something’ dalam game ni yang buat kita leka :)

Hmmm, itu je la yang sempat aku nak ceritakan cerita aku dan DoTA ni.Banyak lagi yang aku nak cerita tapi malas la nak taip panjang-panjang.Nanti-nanti aku cerita lagi ok.Kalau korang pun main DoTA komen la ye :)

bye…

p/s:aku ada tulis entri pasal DoTA ni dulu.Ni link dia DoTA 1 & DoTA 2



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 26 October '10 oleh , 6,973 views setakat ini.
Disumbat didalam Game, Personal, Web. 25 Comments.

Makanan untuk Google: , , , , , , , , , , , , , , , .

↓ Advertisement ↓

↓ Hosting Yang Dicadangkan ↓


RSS feed | Trackback URI

25 Comments »

Comment by apiih
2010-10-26 23:52:07

boring ah dota..jom sudden attack plak..hahahaha

Comment by fakhri
2010-10-28 16:59:32

suddent attack da boring la.same je macam sounter strike stail die.hahaha.dota lain sikit,jom la apiih main dota

 
 
Comment by elmo gemok
2010-10-27 04:03:32

GUA TAK TAU DOTA TU APA..
LAPPY GUA KECIK..
APA GAME PON TAK LEH MAIN..
GILA SADIS GUA..
SOB.. SOB..

Comment by fakhri
2010-10-28 17:00:09

haiya,lu punya laptop cap apa?kasi rembat satu la yg power punye :)

 
 
Comment by mai pot! pot!
2010-10-29 14:34:46

abang2 aku bkan main lagi kemaruk main DOTA.

game tu macam warcraft ke wei?

Comment by fakhri
2010-11-02 13:08:26

game tu mmg gune warcraft.tapi map die lain.macam counter strike gak,boleh pilih map lain2

 
 
Comment by arrizz
2010-10-29 22:07:58

aku main dota gak tapi tak addict sgt la..main kat garena pon jrg..kalau kawan bwak main, baru aku join..hehe

Comment by fakhri
2010-11-02 13:08:44

hahaha aku malam2 main kat garena

 
 
Comment by azizan4444
2010-10-31 23:27:34

boring r dota..jom football manager.haha

Comment by fakhri
2010-11-02 13:09:05

aku tak reti main football manager la T__T

 
 
Comment by zik
2010-11-03 13:16:54

apa lagi ulti2… hehe..

Comment by fakhri
2010-11-12 17:09:48

sabar2,stun dulu.hahaha

 
 
Comment by Melz
2010-11-12 09:19:48

Jom Dota kat Ucpro hehe ;)

Comment by fakhri
2010-11-12 17:09:33

kat mane tu?tak penah dengar pun

Comment by Melz
2011-01-01 13:57:20

cuba kau google ucplay or ucpro. hehe platform malaysia jugak tu. rules ketat buat orang ramai pro sana :) heee

enjoy

(Comments wont nest below this level)
Comment by fakhri
2011-01-15 00:06:32

wokeh,nanti aku try :)

 
 
 
 
Comment by Balqees Amanda
2010-11-12 22:01:07

ada2 orang india main..membe lab saya gila dota ni lah smpai masok2 contest dota tak pegi lab.

Comment by fakhri
2010-11-14 02:09:27

hahaha,kitorang tak la sampai tahp camtu..masih boleh dikawal lagi :)

 
 
Comment by Fitrihadi
2011-01-14 14:47:26

dulu aku main gak dota ni..now dah abis dah ghairahnya tu.. makin membosankan je.. adehhh

Comment by fakhri
2011-01-15 00:07:00

hahaha,skang dah lain dowh dgn dulu punye.dulu lain skrg lain.hero pun dah banyak

 
 
Comment by l|ao
2011-01-24 09:03:10

aku dah men DOTA 7 tahun n skrang umor aku dah 21..
but still cant leaving Dota..hahah
how addict nye aku kat game camni..
aduiii dalam game yang aku men yang aku taw dota la yang paling best skali..

Comment by fakhri
2011-01-25 20:38:36

kan kan?same la kite..tapi aku baru setahun lebih main..tak pro lagi.dota berhantu dowh,xleh nak lari dari die.hahaha

 
 
Comment by Lawrence Vision
2012-10-22 15:54:48

Warcraft III & Frozen Throne ni game dota ke?masih mencari permulaan nak main dota

 
2013-05-04 22:31:18

Superb blog! Do you have any tips for aspiring writers? I’m hoping to start my own website soon but I’m a little lost on everything.
Would you advise starting with a free platform like WordPress or go for a paid option?
There are so many choices out there that I’m totally overwhelmed .. Any recommendations? Kudos!

 
Comment by android hacks
2013-05-16 03:25:03

tomb raider 2013 patch download

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post