pakeri in da' house

26Jan/1116

1 tahun berblogging…

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

setahun sudah

*gambar tak ada kena mengena dengan cerita*

Assalam...

Aku ingat lagi, hari pertama aku daftar blog aku di blogspot. Rasa sekejap je kot,tengok-tengok dah setahun berlalu.Cepat betul masa berlalu.Masa pertama kali ada blog, serius, aku tak tahu apa-apa dalam dunia blog ni.Selalu baca blog orang je,komen-komen,tinggalkan mesej dekat kotak jerit.Lepas dah ada blog sendiri baru aku tahu apa yang budak-budak blog rasa.=.="

Dunia blog ni bagi aku ada yang seronok  ade yang tak.Seronoknya pasal dapat berkenalan dengan orang lain,lagi-lagi yang minat sama dengan kita.Terus jadi kawan baik. Dengan blog jugak kite leh dapat berbagai info dan maklumat, contohnya blog Amanz.my, Info Perisian, Sumber Terbuka dan banyak lagi.

Kat dalam entri ni aku nak cerita apa yang aku lalui dan aku jumpa sepanjang aku ada blog ni.Jom tengok.

Apesal Buat Blog?Lu Nak Femes Ke Ape?

Bagi aku, aku buat blog ni bukan untuk mencari duit atau nak  femes semata-mata, aku buat blog ni sebab nak berkongsi apa yang aku ada kepada semua orang yang baca blog aku.Aku rasa gembira kalau ada orang bagi komen yang positif pasal entri yang aku tulis.Kalau korang nak buat blog atau pun dah ada blog, cube fikirkan balik, ape tujuan korang buat blog?

Kalau yang buat blog cuma sekadar nak luahkan perasaan korang, lepas tu suka upload gambar-gambar sendiri kat blog korang, hati-hati.Kat internet ni ramai penginti. Nanti tak pasal-pasal gambar korang diekplotasikan oleh orang yang tak bertanggung jawab ni.Aku ada kawan sorang yang penah kena camni.Kesian dia.

Lain Orang Lain Ragamnya...

Blogger ni manusia biasa gak.Macam kite semua, makan nasik,minum air, sap rokok.Tapi yang membezakan antara diorang ialah perangai. Sepanjang setahun aku berblog ni, macam-macam perangai aku tengok ada kat blogger-blogger ni. Ada yang best ada gak yang tak best.Kalau seorang artis yang best dinilai dari suaranya, blogger yang best dinilai dari tulisannya.

Blogger ni pun banyak kerenahnya. Macam-macam hal diorang ni.Biasanya yang selalu menjadi isu kat internet ialah trafik blog, klik-klik iklan,kau polo aku aku polo kau balik dengan ape benda nak ditulis dalam blog. Yang paling kelakar, ada yang update tulis tak ada idea nak update blog, padahal die dah update pasal die tak ada idea nak update tu.Pelik betul aku tengok blogger-blogger macam ni. =.=".Tapi tak ramai yang macam ni.Sikit je.Maaf k kalau korang terasa :p

Yang spesis suka jalan-jalan blog orang pun ada jugak lepas tu tinggalkan mesej kat shoutbox macam ni "upkan trafik kat sini", "singgah kat sini", "dah follow die,follow la kite blk k", "dah klik dia punya,klik la sy punya blk k" dan sewaktu dengannya. Apela faedah korang buat macam tu, lagi afdal kalau korang baca sebuah dua entri dia lepas tu tinggalkan komen kat entri tu lagi bagus tau tak. Cara ni lagi pemilik blog tu suka, silap-silap jatuh cinta ngan korang yang mengomen tu.


WordPress Vs Blogspot

Ada yang cakap guna wordpress lagi best, lagi sejuk, lagi macho dan macam-macam lagi la. Ada gak yang cakap blogspot lagi power rangers, lagi seronok, lagi macam-macam la. Bagi aku dua-duanya best. Terpulang kepada orang yang guna tu nak pilih yang mana satu.Ingat wordpress ni best sangat ke? Dah la kena bayar pengeras tiap-tiap tahun, nak kena selalu update lak plugin ngan file-file wordpress tu.Dah la domain tak boleh tukar, kalau nak tukar gak kena beli domain lain. Kalau guna blogspot senang je nak tukar-tukar nama url blog.Eh, blogspot pun tak best jugak, buatnya ramai yang dengki dengan korang lepas tu pakat ramai-ramai flag korang punye blog, kalau Blogspot suspend korang punye blog tak ke haru biru tu.


1 Hari 1 Entri Vs 1 Bulan 1 Entri

Ini memang blogger tegar punya. Hari-hari update blog.Kucing beranak update blog, lipas mati update blog, jerawat timbul update blog, senang cerita kalau tak update blog 1 hari boleh kena rasuk la.Korang ingat orang macam ni tak ada ke? Ade la weyh, korang je tak jumpe lagi.hahaha. Tak ape la kan,itu blog die suka hati la die nak update ape pun.Hahaha.

Lain pulak ceritanya dengan orang yang 1 bulan 1 entri ni.Hari ni bukak blog die, minggu depan bukak balik tengok-tengok entri yang sama lagi. Orang macam ni pun satu hal, buat semak kat blogspot je.Kesian orang yang update hari-hari tu kena bersaing nak dapatkan ranking Alexa.huhuhu. Biasanya orang yang 1 bulan 1 entri ni dia buat blog sebab nak tiru orang je.Nak nampak cool.Cool ke jadi blogger ni?Korang jawab sendiri.


Blog lelaki Vs Blog Perempuan

Ha ni yang paling best sekali. Antara blog lelaki dan blog perempuan yang mana satu korang lagi suka baca? Bagi aku, aku lagi suka baca blog perempan.Hahaha.Nak-nak pulak kalau tuan blog tu comel gile.Lagi la suka.Hahaha.Tapi blog lelaki aku baca jugak.hahaha.

Blog lelaki dengan blog perempuan boleh dibezakan dengan melihat warna dan widget dekat blog tu.Biasanya kalau blog lelaki warna font,background banyak yang gelap-gelap, lain dengan perempuan yang suka liplapliplap macam warna pink,hijau muda dan warna lain yang terang-terang.Blogger perempuan jugak suka letak widget banyak-banyak kat blog.Contohnya macam autoplay lagu, javascrip selamat datang, video, dengan macam-macam lagi la.Berat weyh kalau nak bukak blog yang ada banyak widget ni.Kesian la dekat orang yang pakai broadband usb yang slow cam siput tu.Terseksa jiwa diorang tau.

Kalau nak ikutkan banyak lagi aku nak cerita tapi aku dah lupa.hahaha.Cukup la banyak ni je kan.Korang pun mesti dah bosan bace text panjang-panjang T_T.Kalau korang bosan baca blog ni apa kata korang bukak blog aku lagi satu?Macam-macam ada.Ok la.babai.

OwhMyGod

Posted by mohd fakhri

Filed under: Personal, Web Leave a comment
Comments (16) Trackbacks (0)
  1. aku sebulan update dalam 3 atau 4 entri je kot..kadang xde sebab xde idea..hahaha

  2. hehe aku update kdg2 benda merepek je. nak hilangkan boring. tak pernah kisah psl trafik pun sbab tu blog personal.hehehe

  3. Wah… dah setahun rupenyer blogging. Terus berblog ya bro :) .

    p/s: blog pompuan updet pasal mkn nasik pun ramai yg komen… mmg dasat penangan wanita nih :)

  4. Aku dah lupa bila aku mula blogging, taun 2004/2005 kot. Mula2 dlu mmg rancak publish entry tapi skang ni dah kaku semacam nk menaip, 3 bulan skali update blog hahaha.

    Tahniah dh masuk satu tahun.! Aku tgk pilihan theme ko pn makin kemas x macam baru2 dlu..

  5. yayyyy dah 1 tahun :D
    and bro, thanks sebab jadi penyumbang trafik terbesar kepada blog zala wajik.
    huhuhu

  6. sama ler kita. Sya pun baru setahun gak berblog. Blog lahir 01.01.10. Owh..suka baca blog pompuan rupanya. hik2, normal le tu, sebab fakhri lelaki. tang warna blog tu, memang betul. blh nampak beza yang ketara dari segi warna blog ikut jantina. Tapi blog Sya memang tak feminin, sampaikan ramai reader yang panggil Sya ‘bro’, dan ada yang tinggalkan komen, ‘ingatkan ni blog lelaki’. Haha..Dah le citer pasal bola dalam blog tu. Tak kesah ler, bro pun bro lah. Yang penting diorang baca. =D Update blog ikut suka hati, rasa nak update, update. Malas, tak update. Huhu…tapi takdelah sampai sebulan sekali je update. Takleh tinggalkan dia lama2, rindu wooo…

    p/s: mungkin trafik yang datang dari blog ni dari komen Sya dulu kot. Biasanya Sya tak jerit kat shoutbox. Sangat jarang BW dan x suka jerit kat SB.

    • owh,awk ni pempuan upenye..tgk dari url nampak cam pempuan tapi bile tgk blog cam lelaki lak..tu yg ramai kot yg konpius.hahaha.

      lebih kurang same la kite start blog ek.awal bulan 1 camtu tahun lepas.

      mungkin orang yg tgk komen awak pastu nampak name pempuan terus klik link komen awak tu kot.huhuhu

  7. hebat la abg pakeri ni.. dah setahun berblog.. mesti banyak ilmu pasal dunia blog.. update la selalu ye.. kongsi info best2 ke, letak gambar hensem2 ke..

    >.<

    • baru setahun je..lom same cam kau.ilmu pun sikit je lagi.hahaha..klu ade info aku share la kat blog aku ni…nk tgk gambar hensem2?mane leh.kang kau tergoda lak.kahkahkah

  8. Tahniah… setahun dah ko erk..

    psst.. pix ko ke atas tu? sekali pandang mcm Jay Chou pun ada.. hohoho..

  9. YANG SEBULAN SEKALI TU KO PERLI AKU KAN!!! T_T


Leave a comment

No trackbacks yet.