DoTA 2 Dah Dilancarkan
Salam Ramadhan kepada semua yang membaca blog aku ni. Terima kasih banyak-banyak. Korang punya ibadah puasa macam mana? Harap-harap ok la ek,kihkihkihkih.
Kali ni aku nak cerita pasal DoTA 2 pulak. Kalau korang baca blog aku dari dulu, mesti korang ade baca artikel yang aku tulis pasal Aku dan DoTA , DoTA: Part 2 dengan DoTA: Part 1. Sekarang Valve, pembuat game Counter Strike, Half-Life, Starcraft dan beberapa game terkenal lain dah mengumumkan bahawa diorang akan melancarkan DoTA 2.
DoTA 2 dikatakan membawa berbagai benda baru seperti reconnect to the game, reducing lag (seperti yang ada dalam Hero of Newerth dan League of Legend) dan rekabentuk baru untuk hero-hero dan item-item.

Doom Bringer
Siapa yang kaki DoTA tau la apa yang best pasal game ni. Game ni memerlukan kerjasama yang sangat jitu antara teammate untuk menang game. Kalau tak memang kalah la. Kalau di Malaysia, game ni menjadi isu racist antara melayu dan cina. Aku tak tau macam mana boleh jadi macam ni. Yang cina kutuk melayu noob, yang melayu kutuk cina noob. Bagi aku, nak tau noob atau tidak, lawan la dulu :p .
Berbalik kepada DoTA 2, pelancarannya ialah pada hari Rabu lepas iaitu 17.08.2011 (semalam) dan pelancaran ini dibuat di karnival Gamescom Cologne, German. Sempena dengan pelancaran game ini, Valve mengadakan pertandingan “The International” untuk menunjukkan buat pertama kalinya DoTA 2 kepada orang awam. Pertandingan ini diadakan di German dan disertai oleh berbagai pasukan dari serata negara. Hadiah yang ditawarkan ialah $1,000,000 USD untuk tempat pertama, $250,000 USD untuk tempat kedua dan $150,000 USD untuk tempat ketiga.
Semasa artikel ini ditulis, perlawanan pasukan dari Malaysia, MUFC sedang berlawan dengan pasukan MYM. Nasib tak menyebelahi MUFC apabila tewas ditangan MYM. Apa pun ni baru game pertama diorang. Bawah ni screenshot aku amik dari live-streaming tadi.

Mari sini tengok trailer DoTA 2 ni. Serious, gempak gile.
Ini pula gambar-gambar DoTA 2, baru sikit leak sebab game ni tak dikeluarkan secara komersial lagi.Ape pun layan je la k:)

Vangeful Spirit

Shadow Fiend

wallpaper DoTA 2, dari kiri: Draw Ranger, Blood Seeker, Morpling, Lina Inverse
“The International” baru start semalam, kalau internet korang laju boleh la tengok live streaming kat sini www.dota2.com. Tak sabar gile weyh nak tunggu DoTA 2 ni nak keluar kat kedai. =D.
Boring jugak main DoTA je kat Desaria ni. Kat kampus belum jumpe lagi cina yang main DoTA ngan aku masa aku diploma dulu. Korang main DoTA?Share la pendapat korang kat komen dibawah
.
Ok la,itu je aku nak cerita.Babai dan selamat berpuasa (nak g sahur ni)




dota 2 ni memg main on9 saje ke? or just graphic je yg berubah, mod sume same mcm dota?
dota 2 ni yg berubah,grafik,cara main,ikon2,item2,shortkey,macam2 lagi la.