Invitation Dari Valve (DoTA 2)


Intro

dota 2

Dulu aku pernah post tentang DoTA 2 ni. Biasalah aku kan fan DoTA. Sekarang DoTA 2 masih di peringkat beta dan kalau korang nak main, memerlukan invitation dari Valve atau player yang dah dapat invitation dari Valve. Sebelum peringkat beta ni iaitu di peringkat alpha, kalau nak main memerlukan beta key. Sekarang beta key dah tak ada setelah DoTA 2 masuk ke peringkat beta.Dan aku adalah salah seorang yang dapat invitation dari Valve untuk bermain DoTA 2 ni. Lama juga la aku tunggu, hampir 4 bulan.

Setelah aku main DoTA 2, apa yang aku perasan DoTA 2 ni lain sedikit dari DoTA. Contohnya sound effect, visual effect, gameplay dan beberapa tambahan dimasukkan kedalam DoTA 2. Apa yang paling membezakan DoTA 2 dengan DoTA ialah grafik dia. DoTA 2 punya grafik memang mantap, lebih kurang macam HoN. Dari hero hinggalah terrain, semuanya dihasilkan dengan grafik yang tinggi. Sebab itulah kalau nak main DoTA 2, pc/laptop korang mestilah ada grafik yang agak tinggi untuk main dengan setting yang paling tinggi supaya sedap mata memandang. Kalau tak grafik pecah-pecahla gambar nanti.


Gameplay

DoTA 2 menggunakan engine game dari Valve dan bukan dari Blizzard seperti DoTA. Sebab kenapa DoTA 2 mempunyai banyak persamaan dengan DoTA berbanding HoN ialah orang yang design map untuk DoTA ialah orang yang sama bekerja dengan Valve untuk DoTA 2 ini iaitu IceFrog. Sebab tu la kalau korang pernah main HoN dia ade rase macam DoTA sikit, tapi berbeza. Susah nak terangkan, korang kena main baru tau.

Seperti HoN dan LoL, DoTA 2 menggunakan server untuk create game. Maknanya korang tak boleh main secara offline, kena main online untuk connect dengan server Valve. Kelebihan diorang guna cara ini ialah mengurangkan lag dan delay, boleh reconnect game kalau crash atau disconnect dan banyak lagi. Kalau nak main dengan smooth dan selesa, guna la Unifi.

dota 2

Kedai Item-Item dan Resipi

Bagi yang dah lama main DoTA, mesti senang nak beli item-item untuk hero korang kerana item-item didalam DoTA 2 adalah sama dengan item-item didalam DoTA, cuma gambar sahaja tak sama. Function dan harga masih sama. Kedai yang jual item-item ni Valve buat seperti HoN iaitu ada 1 kedai sahaja, tak macam DoTA yang ada banyak kedai. Mungkin korang akan agak pening mencari item-item untuk pertama kali tapi korang akan biasa setelah lama dah main.

Sedikit info untuk korang, kalau korang ada tersalah beli item dan resipi untuk hero, korang boleh jual semula item atau resipi tersebut dengan harga asal dalam masa 10 saat dari masa korang beli tu. Jadi janganla risau kalau tersalah beli ok.

kedai

 

DoTA Vs DoTA 2 Vs HoN

Setiap game diatas ada keistimewaan tersendiri. Bagi aku, DoTA lebih simple dan mudah. Tetapi DoTA 2 dan HoN punya grafik lagi mantap dan canggih.Tepuk dada tanya selera.hehehe.

DoTA 2 Invitation

Aku ada lebihan invitation untuk dijual kepada yang berminat nak main DoTA 2.Invitation ni terhad dan susah nak dapat. Kepada yang berminat boleh email aku di mohd_fakhri[@]ymail.com atau pun tweet aku di twitter “nama_sy_pakeri“ .Nanti kita boleh nego harga.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 27 March '12 oleh , 2,776 views setakat ini.
Disumbat didalam Game, Promosi. 10 Comments.

Makanan untuk Google: , , , , , , , , , .

↓ Advertisement ↓

↓ Hosting Yang Dicadangkan ↓


RSS feed | Trackback URI

10 Comments »

Comment by masimadez
2012-04-06 02:24:32

saya berminat nak beli berapa kamu jual

 
Comment by masimadez
2012-04-06 02:26:09

saya berminat nak beli berapa kamu jual pm aku kairen1310@hotmail.com

Comment by mohd fakhri
2012-04-19 22:55:31

sy da hantar email.sila periksa.tq

 
 
Comment by kylekazama
2012-04-19 23:49:40

do you still have it..
i would love to buy it.

Comment by mohd fakhri
2012-04-19 23:54:39

yes, i still got 6 invite to let go.email me at mohd_fakhri[@]ymail.com for price negotiation

 
 
Comment by ahgus
2012-05-02 19:21:16

still got beta key ? how much you sell? :D pm at a.25895@yahoo.com

Comment by mohd fakhri
2012-05-06 23:46:14

i email u already.please check ur inbox tq

 
 
Comment by DouBle FinGer
2012-06-01 13:01:08

Still have beta key?

Comment by mohd fakhri
2012-06-01 23:37:30

yes,i still got beta key.pm my email pls

 
 
2013-05-03 09:59:32

Hello, your articles here Invitation Dari Valve (DoTA 2) | pakeri in da’ house to write well, thanks for sharing!

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post