Tags:aff 2012, harimau malaya, harimau malaya di thailand, makwe wan zack haikal, malaysia, perlawanan malaysia vs thailand esok, piala aff 2012, piala suzuki 2012, raja gopal, wan zack haikal, zati rashid, zatirashid.
Pagi tadi buka Harian Metro Online, baca ruangan sukan ternampak tajuk yang mengatakan pasukan bola sepak kebangsaan kita, Harimau Malaya tidak menerima layanan dan keperluan untuk berlatih yang sempurna di Bangkok,Thailand. Mengikut gambar yang dipaparkan disitu, keadaan padang tu 50x lagi teruk dari padang Bukit Jalil kita yang selalu kita kutuk-kutuk tu.
Dengan padang yang hampir tidak dapat dibezakan antara sawah dan padang bola sepak, jaring gol yang koyak rabak dan tiada tempat untuk persalinan.Kena tukar baju dekat rumahla awal-awal. Mr Rajagopal kata keadaan padang yang daif boleh mengundang kecederaan kepada pemain semasa berlatih dan boleh membahayakan mereka. Tak pasal-pasal pulak kena tukar strategi kalau ada pemain yang cedera semasa berlatih.

Inilah gambar yang diambil dari Harian Metro. Pandai orang ni shoot gambar ni,boleh nampak jaring gol yang koyak rabak.Kena serpihan bom agaknya.Hehehe.Nampak lopak kat tengah-tengah padang tu? Lopak dekat Stadium Nasional Bukit Jalil pun tak besar macam tu.
(more…)
Posted on 12 December '12 by mohd fakhri, under Bola, Informasi. 3 Comments.
Tags:fobia, fobia aneh, fobia gila, fobia pelik, jenis-jenis fobia, orang takut fobia apa, penghidap fobia.
Setiap manusia ada kelemahan masing-masing dan pasti setiap dari mereka ada perasaan takut kepada sesuatu ataupun bahasa sainsnya fobia. Tahukan korang yang setiap fobia ada namanya tersendiri dan biasanya susah nak disebut. Dan lagi,tahukan korang yang kebanyakan orang tak tahu nama fobia yang mereka hadapi. Sesetengah fobia juga agak kelakar kerana sangat aneh dan pelik.
Lihat dalam gambar dibawah untuk mengetahui jenis-jenis fobia yang korang ada. Macam-macam jenis fobia ada tapi tak semuala,ada banyak lagi fobia yang pelik-pelik dan aneh yang tak dituliskan. Kalau nak tahu lebih banyak jenis-jenis fobia, Google je.

(more…)
Posted on 12 December '12 by mohd fakhri, under Informasi. 4 Comments.
Tags:lord of the ring, multiple choice, wordless wednesday.
When you took a multiple choice test and didn’t know which answer to pick:
Posted on 28 November '12 by mohd fakhri, under Personal. No Comments.
Tags:benci orang balas k, harga mesej murah, k, kenapa orang balas mesej pendek, mesej pendek, orang balas mesej k.
Timah: “Weyh Joyah, ptg kau free x? Jom g lepak kat pavi. Aq dgr ada SALE kat sn, mcm2 barang murah. Leh la kita shopping sakan.”
Joyah: “K.”
Korang mesti pernah dapat mesej macam kat atas ni kan? Apa yang korang rasa bila taip panjang-panjang, orang tu balas satu huruf je, “K”.?

Mesti bila kita dapat mesej “K” tu rasa macam :
“Palat punye orang.”
“Handphone mahal-mahal, kau taip seketul huruf je.”
“Campak je lah hp kau dalam longkang”
(more…)
Posted on 13 November '12 by mohd fakhri, under Informasi, Personal. 2 Comments.
Tags:android, bateri android cepat habis, bateri cepat habis, bateri cepat kong, bateri cepat mati, bateri iphone cepat habis, bateri smartphone, bateri smartphone cepat habis, bateri windows phone 7 cepat habis, iphone, macam mana nak bateri tahan lama, maksimumkan masa bateri, setting untuk bateri, windows phone 7.
Setiap smartphone yang ada dipasaran sekarang mempunyai berbagai spesifikasi yang canggih-canggih untuk memenuhi keperluan pengguna. Ada yang mempunyai kapasiti storan yang tinggi, ada yang boleh memproses dengan laju, ada yang mempunyai yang kamera mampu menangkap gambar yang sangat tajam, ada yang boleh memainkan permainan beresolusi tinggi dan berbagai lagi. Ditambah lagi dengan keupayaan untuk sentiasa berhubung menggunakan medium online-social menjadikan smartphone menjadi pilihan generasi sekarang. Tetapi setiap smartphone ini mempunyai satu masalah yang sama iaitu BATERI.

Untuk membolehkan smartphone menjalankan berbagai fungsi-fungsi dan aplikasi-aplikasi yang ada didalamnya memerlukan bateri yang mampu memberi kuasa yang kuat dan konsisten serta bertahan lama. Tetapi kebanyakannya hanya mampu memberi kuasa yang kuat tanpa mampu bertahan lama. Itu yang membuatkan pengguna terpaksa cas bateri 2-3 kali sehari. Kali ini aku nak tunjukkan cara-cara nak memaksimumkan tempoh penggunaan bateri smartphone korang yang tak berapa smart tu ok.
(more…)
Posted on 26 September '12 by mohd fakhri, under Informasi, Tutorial. No Comments.
Tags:apa itu ssd, apple, apple hipster, apple ssd, asus laptop, berapa laju ssd, harddisk SSD, harga ssd, intel ssd 330, lajukan komputer, lajukan laptop, laptop slow, macbook, macbook pro, perbezaan hdd dengan sdd, solid state drive, SSD harddisk.
BSOD, windows hang, aplikasi yang lambat untuk dibuka, prestasi komputer atau laptop menjadi perlahan dari hari ke hari adalah antara gejala yang berkaitan dengan Harddisk (HDD). HDD yang biasa digunakan sekarang adalah yang jenis spinning yang menggunakan cakera aluminium atau besi untuk menyimpan data. Oleh kerana HDD menggunakan cakera yang berputar untuk menyimpan dan mengakses data, kelajuan data itu untuk dibaca adalah agak perlahan. HDD biasa berputar pada kelajuan 7,200rpm untuk HDD 3.5″ dan 5,400rpm untuk HDD 2.5″. Walaubagaimana pun terdapat juga HDD dengan kelajuan 10,000rpm dan 15,000rpm dipasaran, tetapi tidak digunakan secara meluas kerana mahal.

(more…)

Posted on 18 July '12 by mohd fakhri, under Informasi. 4 Comments.