Archive for 'Web'

Apa Itu Domain Dan Web Hosting?

Tags:, , , , , , , , , , , , .

 

Bila berkata tentang domain dan hosting, masih ramai lagi tak tidak tahu apa itu domain dan hosting. Macam mana nak beli dan dimana nak beli. Kebanyakan orang menganggap domain dan hosting ni mahal dan tak ramai yang berani untuk menggunakannya.Domain dan hosting sinonim dengan CMS seperti WordPress, Joomla, Drupal dan lain-lain CMS yang ada. Tapi yang paling terkenal ialah WordPress. Untuk menggunakan WordPress, korang perlulah ada domain dan hosting sendiri untuk pasang fail-fail WordPress ini.

#Maksud

Domain (atau URL)  ialah nama sesebuah website/blog. Contohnya www.pakeri.com. Kebiasaanya domain berakhir dengan .com, .net, .org dan lain-lain lagi. Orang biasa menggunakan domain .com kerana mudah diingat dan murah. Terdapat juga domain lain seperti .my, .com.my, .edu.my, .biz, .info, .mil dan lain-lain lagi. Harga-harga domain ini berlainan mengikut jenis domain.

(more…)

Posted on 10 February '12 by , under Promosi, Tutorial, Web. 8 Comments.

Cara mengemaskini versi wordpress secara manual menggunakan FTP.

Tags:, , , , .

Assalamualaikum…

Bagi blogger yang menggunakan wordpress selft-hosting, mungkin ada sesetengah korang yang menghadapi masalah untuk mengemaskini versi wordpress secara automatic kan? Macam aku hari tu, nak kemaskini ke versi 3.2 secara automatik asyik hang je, tak pun keluar error. Kalau jadi macam ni, jawabnya kena buat secara manual je la, yang mana lagi leceh dan lambat T__T.

Sesekali belajar la cara manual untuk kemaskinikan versi wordpress korang kan, kot-kot masalah macam ni jadi lagi pada masa hadapan.huhuhu Senangla sebab ilmu dah ada dalam dada. Untuk buat secara manual, apa yang korang perlukan ialah software FTP, file wordpress terkini yang boleh korang download kat sini, sambungan internet dan secawan kopi atau pun minuman kegemaran korang.

(more…)

Posted on 17 July '11 by , under Software, Tutorial, Web. 2 Comments.

1 tahun berblogging…

Tags:, , , , , , , , , , , .

setahun sudah

*gambar tak ada kena mengena dengan cerita*

Assalam…

Aku ingat lagi, hari pertama aku daftar blog aku di blogspot. Rasa sekejap je kot,tengok-tengok dah setahun berlalu.Cepat betul masa berlalu.Masa pertama kali ada blog, serius, aku tak tahu apa-apa dalam dunia blog ni.Selalu baca blog orang je,komen-komen,tinggalkan mesej dekat kotak jerit.Lepas dah ada blog sendiri baru aku tahu apa yang budak-budak blog rasa.=.=”

Dunia blog ni bagi aku ada yang seronok  ade yang tak.Seronoknya pasal dapat berkenalan dengan orang lain,lagi-lagi yang minat sama dengan kita.Terus jadi kawan baik. Dengan blog jugak kite leh dapat berbagai info dan maklumat, contohnya blog Amanz.my, Info Perisian, Sumber Terbuka dan banyak lagi.

Kat dalam entri ni aku nak cerita apa yang aku lalui dan aku jumpa sepanjang aku ada blog ni.Jom tengok.

(more…)

Posted on 26 January '11 by , under Personal, Web. 16 Comments.

7 Fanpage Yang Best Di Facebook

Tags:, , , , , , .

fanpage
Assalamualaikum…

Hari-hari korang login facebook buat apa ek? Main komen-komen gambar kawan je ke atau stalk orang? Kalau korang selalu stalk orang tu, henti-hentikan la keje korang tu. Takde faedah pun.Huhuhu.Dari korang buat kerja tak berfaedah tu, lagi baik korang join fanpage yang dibuat oleh anak tempatan yang dah lama ada kat facebook ni.Mungkin sesetengahnya korang dah join atau pun korang dah join ataupun korang belum join lagi.Banyaknye ataupun =.=”.

(more…)

Posted on 23 January '11 by , under Personal, Social Networking, Web. 14 Comments.

Manfaatkan kelebihan Facebook Plugins

Tags:, , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

*update 2011:Cara ini tidak boleh digunapakai lagi disebabkan facebook telah menukar kod mereka.Harap maklum*

Assalamualaikum..

Sekarang facebook sudah jadi benda yang familiar kepada semua orang. Baik yang tua, yang muda, yang besar, yang kecil, semua ada facebook. Kepada golongan blogger, facebook memainkan peranan yang besar sebagai medium untuk mendedahkan blog mereka kepada lebih ramai pembaca.

Tak hairan la kalau seorang blogger itu ada fan page mereka sendiri. Menerusi fan page mereka boleh berkongsi apa yang mereka coretkan di blog mereka kepada lebih ramai pembaca. Mereka juga boleh membuat komuniti mereka sendiri juka mahu.

(more…)

Posted on 12 November '10 by , under Personal, Tutorial, Web. 27 Comments.

Aku Dan DoTA

Tags:, , , , , , , , , , , , , , , .

Assalamualaikum…

Pertama kali aku main game DoTA semasa aku masih belajar dalam semester ke-2 dekat Limkokwing,Cyberjaya.Masa itu aku tak tahu nak main DoTA ni macam mana. Kira noob lagi masa tu. Kalau main pun lawan dengan AI.AI (Artificial Intelligence) maksudnya lawan dengan komputer la. Tak berapa seronok sangat kalau lawan dengan AI pasal AI tak berapa kreatif. Kalau lawan dengan orang betul baru mencabar pasal orang boleh berfikir dengan rasional.

Game DoTA ni untuk pengetahuan korang popular dikalangan orang cina. Aku pun tak tahu sebab apa. Tapi orang melayu pun ramai juga yang main.Kalau india aku tak pernah nampak. Platform popular untuk main DoTA ni ialah Garena. Biasanya bila in-game memang akan wujud racist punya antara melayu dengan cina, itu pun aku masih lagi tak tahu punca kenapa benda ni berlaku.Memang mencarut habis-habisan la.Kelakar pun ada.

(more…)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posted on 26 October '10 by , under Game, Personal, Web. 23 Comments.