pakeri in da' house

26Jan/1116

1 tahun berblogging…

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

setahun sudah

*gambar tak ada kena mengena dengan cerita*

Assalam...

Aku ingat lagi, hari pertama aku daftar blog aku di blogspot. Rasa sekejap je kot,tengok-tengok dah setahun berlalu.Cepat betul masa berlalu.Masa pertama kali ada blog, serius, aku tak tahu apa-apa dalam dunia blog ni.Selalu baca blog orang je,komen-komen,tinggalkan mesej dekat kotak jerit.Lepas dah ada blog sendiri baru aku tahu apa yang budak-budak blog rasa.=.="

Dunia blog ni bagi aku ada yang seronok  ade yang tak.Seronoknya pasal dapat berkenalan dengan orang lain,lagi-lagi yang minat sama dengan kita.Terus jadi kawan baik. Dengan blog jugak kite leh dapat berbagai info dan maklumat, contohnya blog Amanz.my, Info Perisian, Sumber Terbuka dan banyak lagi.

Kat dalam entri ni aku nak cerita apa yang aku lalui dan aku jumpa sepanjang aku ada blog ni.Jom tengok.

Filed under: Personal, Web (1,770 views) Continue reading
23Jan/1114

7 Fanpage Yang Best Di Facebook

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

fanpage
Assalamualaikum...

Hari-hari korang login facebook buat apa ek? Main komen-komen gambar kawan je ke atau stalk orang? Kalau korang selalu stalk orang tu, henti-hentikan la keje korang tu. Takde faedah pun.Huhuhu.Dari korang buat kerja tak berfaedah tu, lagi baik korang join fanpage yang dibuat oleh anak tempatan yang dah lama ada kat facebook ni.Mungkin sesetengahnya korang dah join atau pun korang dah join ataupun korang belum join lagi.Banyaknye ataupun =.=".

Filed under: Personal, Social Networking, Web (3,176 views) Continue reading
26Oct/1022

Aku Dan DoTA

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum...

Pertama kali aku main game DoTA semasa aku masih belajar dalam semester ke-2 dekat Limkokwing,Cyberjaya.Masa itu aku tak tahu nak main DoTA ni macam mana. Kira noob lagi masa tu. Kalau main pun lawan dengan AI.AI (Artificial Intelligence) maksudnya lawan dengan komputer la. Tak berapa seronok sangat kalau lawan dengan AI pasal AI tak berapa kreatif. Kalau lawan dengan orang betul baru mencabar pasal orang boleh berfikir dengan rasional.

Game DoTA ni untuk pengetahuan korang popular dikalangan orang cina. Aku pun tak tahu sebab apa. Tapi orang melayu pun ramai juga yang main.Kalau india aku tak pernah nampak. Platform popular untuk main DoTA ni ialah Garena. Biasanya bila in-game memang akan wujud racist punya antara melayu dengan cina, itu pun aku masih lagi tak tahu punca kenapa benda ni berlaku.Memang mencarut habis-habisan la.Kelakar pun ada.

Filed under: Game, Personal, Web (4,154 views) Continue reading
20Oct/1033

Aku Dan Hp Mini 110

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum...

Dah lama sebenarnya aku tunggu netbook ni sampai.Hampir sebulan jugak la.Jenuh menunggu akhirnya sampai jugak.Dari mana aku dapat netbook ni?Tetiba je kaya sampai nak pakai netbook.Ingat aku merompak ke?Sebenarnya netbook ni aku dapat sebab aku apply pakej internet percuma netbook dari TM.Internet ni aku pasang kat kampung aku kat serting tapi netbook aku bawak lari ke Seremban.hahaha.Kotak kat atas cam besar?Tak la,saiz dia sebenarnya kecik je.Comel lote orang panggil.Hp mini yang aku dapat ni model 110, aku ingat 210 yang aku idamkan tu, tapi sekali sampai lain pulak.Tapi takpelah kan, lepas aku check spec dia kat Hp, lebih kurang sama je spec die, cume berbeza speed hdd ngan ram ngan processor je.

Filed under: Personal (4,687 views) Continue reading
11Oct/1010

(Preview) Jangan Pandang Belakang Congkak 2

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Aku ni asyik buat tutorial je kan,tah sape yang nak tgk tak tau la,hahaha.Skang aku nak buat review pasal filem pulak.Minggu lepas aku baru tengok movie Jangan Pandang Belakang Congkak 2.Aku g tengok dengan sorang member dekat TGV Wangsa Walk.Untuk pukul 3.30pm punya dah full, so kitorang tempah untuk pukul 5.30pm punya.Lame gak la kena tunggu.Sementara tunggu movie start kitorang g main bowling dulu kat dalam WW tu.Kitorang main sampai sakit gak la jari T_T.Tapi tak berapa syok sangat main boling pasal bola die tak berape best la, nak cari yang best xdapat sebab ramai da pakai.So kena la pakai bola yang ade je.

Filed under: Movie (2,298 views) Continue reading